Bengkel Pemantapan Dan Kawal Mutu Soalan Peperiksaan Nov-Dis 2019

Unit Peperiksaan dan Penilaian, IPG Kampus Ipoh telah mengadakan Bengkel Pemantapan Dan Kawal Mutu Soalan Peperiksaan Nov-Dis 2019 yang telah berlangsung pada 29 Julai hingga 2 Ogos 2019 di Bilik Mesyuarat Dahlia.  Bengkel yang telah dijalankan ini dapat menghasilkan soalan peperiksaan yang mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi.  

Lawatan Penanda Aras Dari IPG Kampus Pendidikan Teknik, Bandar Enstek

Lawatan penanda aras daripada Unit Peperiksaan dan Penilaian, Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik, Bandar Enstek telah diadakan pada 5 Ogos 2019 (Isnin) di Unit Peperiksaan dan Penilaian, Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh. Lawatan diketuai oleh Pn. Azliza bt Abd. Rahman, Ketua Unit Peperiksaan dan Penilaian, IPG Kampus Pendidikan Teknik  bersama-sama Pengawai Pengurusan. Lawatan ini …

Bengkel Pemantapan Verifikasi Kerja Kursus Semester 2 Tahun 2019

Unit Peperiksaan dan Penilaian (UPP) dengan kerjasama Unit Latihan Dalam Perkhidmatan (ULDP) telah menganjurkan Bengkel Pemantapan Verifikasi Kerja Kursus Semester 2 Tahun 2019 pada 21 Jun 2019 (Jumaat) di Bilik Akasia, IPG Kampus Ipoh. Bengkel ini bertujuan untuk memastikan semua kerja kursus yang perlu dilaksanakan mengikut keperluan Ringkasan Maklumat Kursus (RMK) dan pentaksiran yang dilaksanakan …